Thursday, December 30, 2010

day interview ^_^

fuh dah habis pon interview hari ini. penat, takut, gemuruh semua ada dalam diri sebelum melangkah masuk ke bilik interview

kursus "How To Get Yourself Employed"

fuh...penat betul hari ni memandangkan ada kursus HTGYE. mana tak penatnya, sehari mendengar ceramah dan bermain permainan mencari pekerja. kursus ini mendedahkan kepada para mahasiswa bagaimana hendak mencari pekerjaan selepas tamat belajar. program ini saya jangka sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar memperolehi pengalaman dalam pencarian kerja dan membuka mata mereka kepada kehendak pasaran. apa yang sebenarnya

Monday, December 27, 2010

selamat tinggal cuti semesta

huhu...macam biasa la bila tengah study ni mesti teringat- ingat bila la nak cuti. tapi bila dh cuti sayang lak rasa tak puas lagi cuti. tu emmang lumrah alam semua manusia yang bergelar pelajar. kekeke.. masuk semesta depan dh 7 sem dh berlalu..fuh dah nak habis study saya ni rupanya. tak sedar pon rasa macam baru je jejakkan kaki ke menara gading. kuikuikui. apa nk buat kan masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari.

tak pe la kita lupakan je cuti yang tak seberapa tu. cakap pasal cuti dh dekat nk masuk tahun baru ni..fuh tahun ni kene pasang azam baru. tak leh dah malas-malas macam selalu. maklum la dh asuk sem akhir. so projek tu ekne la siapkan awal. pastu nk cari kerja lagi..hahaha..dh tua rupanya saya ni.

Thursday, December 23, 2010

Rayyan Fantasi best


SYNOPSIS
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan. RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
                                              ------------------------------------------------
fuh..lepas seminggu meluangkan masa membaca cerita terbaru karangan Ramli awang murshid, akhirnya habis juga dibaca. Cerita yang menarik dengan pelbagai-bagai plot cerita yang berlainan. Saya tabik R.A.M kerana berjaya menghasilkan karya yang bermutu ini. Saya pasti tak sabar menunggu novel seterusnya. Dengarnya ada sambungan bagi novel Laksamana Sunan. All the best to you to RAM.

Friday, December 17, 2010

introduction

salam perkenalan !!
hujan juga petang ni...............  huhu...salam perkenalan kepada semua pembaca. Nama saya Muhammad Hasbi Assiddiqi. Bermula hari ini..saya akan mula meng-update blog ini. harap rakan-rakan yang lain dapat memberikan bantuan sepanjang blog ini beroperasi. blog akan beroperasi dalam dwi-bahasa. Banyak yang saya nk kongsi disini..anggap la macam diari harian..kukuku. setakat ni masih berjinak-jinak nak guna blog. so dari masa ke semasa baru la saya update.